Peranan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran bagi mengawal dan mencegah bagi sakit berjangkit.
PENCEGAHAN PEMBAWAAN MASUK PENYAKIT
BERJANGKIT
Pengisytiharan kawasan jangkitan.
6. (1) Bilamana pemberitahuan diterima di bawah Peraturan-Peraturan
Kesihatan Antarabangsa bahawa terdapat suatu kawasan jangkitan di
luar Malaysia, Menteri boleh melalui perintah dalam Warta
mengisytiharkan kawasan itu sebagai suatu kawasan jangkitan bagi
maksud Akta ini.
(2) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Menteri boleh,
melalui perintah dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana kawasan
lain di luar Malaysia sebagai kawasan jangkitan.
(3) Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan yang dibuat di
bawah Akta ini, menetapkan langkah-langkah yang hendak diambil
untuk mencegah kemasukan apa-apa penyakit berjangkit dari sesuatu
kawasan jangkitan.
Memasuki dan memeriksa kenderaan dan langkah-langkah
selepas itu
7. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh—
(a) memasuki dan membuat pemeriksaan perubatan ke atas
mana-mana kenderaan pada bila-bila masa setibanya
kenderaan itu di Malaysia;
(b) membuat pemeriksaan perubatan ke atas mana-mana
orang, binatang atau barang yang berada di atas
mana-mana kenderaan sedemikian; dan
(c) mengambil apa-apa sampel yang perlu bagi maksud
menentukan keadaan kebersihan kenderaan atau benda itu
atau keadaan kesihatan orang atau binatang itu.
(2) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya
mana-mana bahagian sesuatu kenderaan yang dia mempunyai sebab
untuk percaya telah tercemar atau berinfestasi dibasmi kuman,
dibasmi serangga atau dibasmi tikus sehingga pegawai itu berpuas
hati.
(3) Jika semasa dia membuat pemeriksaan perubatan di bawah
subseksyen (1) seseorang pegawai diberi kuasa mendapati atau
mempunyai sebab untuk percaya bahawa mana-mana orang telah
dijangkiti atau adalah seorang kontak, dia boleh memerintahkan
supaya orang itu—
(a) dipindahkan ke suatu stesen kuarantin dan ditahan di sana
bagi pengasingan atau pemerhatian; dan
(b) diletakkan di bawah pengawasan sehingga penyakit itu
tidak lagi dapat menjangkiti orang lain.
MENGAWAL MEREBAKNYA PENYAKIT BERJANGKIT
Kehendak supaya memberitahu tentang penyakit berjangkit
10. (1) Tiap-tiap penghuni dewasa mana-mana rumah tempat
terdapatnya apa-apa penyakit berjangkit, dan tiap-tiap orang yang
menjaga, atau yang ada bersama dengan, dan tiap-tiap orang yang
bukan pengamal perubatan yang menyelenggarakan mana-mana
orang menghidap atau yang mati akibat penyakit berjangkit
hendaklah, apabila dia tahu tentang wujudnya penyakit itu,
memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah atau
kemudahan kesihatan kerajaan atau balai polis yang paling hampir
atau memberitahu ketua kampung yang paling hampir, seboleh-bolehnya
tanpa kelengahan, tentang kewujudan penyakit itu.
(2) Tiap-tiap pengamal perubatan yang merawat atau mendapat
tahu tentang wujudnya apa-apa penyakit berjangkit di mana-mana
premis hendaklah memberikan notis tentang wujudnya penyakit
berjangkit itu kepada Pegawai Kesihatan yang paling hampir,
seboleh-bolenya tanpa kelengahan, dalam borang yang ditetapkan
oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(3) Orang yang menjaga sesuatu rumah tumpangan hendaklah
memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah atau
kemudahan kesihatan kerajaan atau balai polis yang paling hampir,
seboleh-bolehnya tanpa kelengahan, jika dia tahu atau mempunyai
sebab untuk percaya bahawa mana-mana orang dalam rumah
tumpangan itu menghidap atau telah mati akibat penyakit berjangkit.
(4) Mana-mana pegawai polis atau ketua kampung yang
menerima pemberitahuan di bawah seksyen ini hendaklah
memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah atau
kemudahan kesihatan kerajaan yang paling hampir, seboleh-bolehnya
tanpa kelengahan.
(5) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan
suatu kesalahan.
Orang yang dijangkiti tidak boleh bertindak mengikut cara yang
boleh merebakkan penyakit berjangkit
12. (1) Tiada seorang pun yang tahu atau mempunyai sebab untuk
percaya bahawa dia menghidap sesuatu penyakit berjangkit boleh
mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan melalui kehadiran
atau kelakuannya di mana-mana tempat awam atau mana-mana
tempat lain yang digunakan bersama-sama oleh orang selain anggota
keluarga atau rumahnya sendiri.
(2) Tiada seorang pun yang tahu atau mempunyai sebab untuk
percaya bahawa dia menghidap mana-mana penyakit berjangkit yang
dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Pertama boleh melakukan
apa-apa perbuatan yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk
percaya mungkin membawa kepada merebaknya penyakit berjangkit
itu.
(3) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan
suatu kesalahan.
(4) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang
kehadirannya atau kelakuannya di tempat yang disebut dalam
subseksyen (1) adalah perlu bagi maksud mendapatkan rawatan
perubatan.
Pengawalan barang tercemar dan binatang yang dijangkiti
13. (1) Tiada seorang pun yang tahu atau mempunyai sebab untuk
percaya bahawa mana-mana barang telah tercemar atau bahawa
mana-mana binatang telah dijangkiti atau tercemar boleh
memberikan, meminjamkan, menjual, menghantar, menggunakan
atau mendedahkan barang atau binatang itu tanpa pembasmian
kuman terlebih dahulu.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan
suatu kesalahan.
(3) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang
menghantar, dengan langkah berjaga-jaga yang sepatutnya, apa-apa
barang atau binatang supaya barang atau binatang itu dibasmi kuman.
Pengasingan orang yang dijangkiti dan orang yang disyaki
14. Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menyebabkan supaya
mana-mana orang yang dijangkiti atau yang dia mempunyai sebab
untuk percaya telah dijangkiti oleh sesuatu penyakit berjangkit
dipindahkan ke suatu stesen kuarantin bagi rawatan dan boleh
menahan orang itu di stesen itu sehingga dia boleh dilepaskan tanpa
membahayakan orang ramai.
Pemerhatian atau pengawasan kontak
15. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan
supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana
tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau
menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa
membahayakan orang ramai.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), seseorang pegawai diberi kuasa
boleh menggunakan kekerasan yang perlu untuk memastikan
perintahnya dipatuhi.
Perintah bagi pemeriksaan mayat
16. Bilamana seseorang pegawai diberi kuasa mengesyaki bahawa
seseorang telah mati akibat suatu penyakit berjangkit, dia boleh
memerintahkan supaya mayat orang itu dibawa ke sesuatu tempat
yang ditetapkannya bagi apa-apa pemeriksaan yang difikirkannya
perlu.
Pengurusan orang mati
17. (1) Jika—
(a) seseorang telah mati atau disyaki telah mati akibat sesuatu
penyakit berjangkit; dan
(b) seseorang pegawai diberi kuasa telah memberikan arahan
cara-cara mayat orang itu akan dikebumikan atau dibakar,
tiada seorang pun boleh mengebumikan atau membakar mayat itu
selain mengikut arahan pegawai diberi kuasa itu.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan
suatu kesalahan.
Membasmi kuman dan menutup premis
18. (1) Jika seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab
untuk percaya bahawa telah ada seseorang yang menghidap penyakit
berjangkit di mana-mana premis, atau bahawa di mana-mana premis
terdapat keadaan yang mungkin menyebabkan bermulanya atau
merebaknya apa-apa penyakit berjangkit, dia boleh melakukan
mana-mana atau kesemua yang berikut:
(a) memeriksa atau menyebabkan diperiksa mana-mana orang
yang berada di premis itu dengan tujuan menentukan jika
orang itu menghidap atau telah menghidap sesuatu
penyakit berjangkit;
(b) memeriksa premis itu dan mana-mana barang atau
binatang di premis itu dengan tujuan menentukan jika ia
tercemar atau dijangkiti, mengikut mana-mana yang
berkenaan;
(c) memerintahkan supaya premis itu atau mana-mana
bahagiannya dibasmi kuman, dibasmi serangga atau
dibasmi tikus;
(d) memerintahkan supaya premis itu atau mana-mana
bahagiannya ditutup sehingga premis itu dibasmi kuman,
dibasmi serangga dan dibasmi tikus dengan sempurnanya;
(e) memerintahkan supaya dibasmi kuman segala barang
yang tercemar dan binatang yang dijangkiti atau yang
tercemar di premis itu, atau, jika barang atau binatang itu
tidak berupaya dibasmi kuman dengan sempurnanya,
memerintahkan pemusnahannya; dan
(f) melakukan apa-apa perbuatan lain bagi mencegah
bermulanya atau merebaknya sesuatu penyakit berjangkit.
(2) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memasuki mana-mana
premis pada bila-bila masa bagi maksud menjalankan kuasa yang
diberikan kepadanya oleh subseksyen (1).
Menjual atau menyewakan bangunan yang tercemar
20. (1) Jika seseorang pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa
terdapat atau telah terdapat suatu kes penyakit berjangkit di
mana-mana bangunan dan bahawa adalah perlu berbuat demikian,
pegawai diberi kuasa itu boleh mengeluarkan perintah melarang
mana-mana orang menjual atau menyewakan bangunan sedemikian
atau mana-mana bahagiannya tanpa perakuan bertulis pegawai diberi
kuasa yang memperakui bahawa bangunan sedemikian, atau
mana-mana bahagiannya, dan barang-barang di dalamnya
(a) telah dibasmi kuman sehingga pegawai diberi kuasa itu
berpuas hati; atau
(b) tidak perlu dibasmi kuman,
mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2) Mana-mana orang yang melanggar apa-apa perintah yang
dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
(3) Bagi maksud seksyen ini, “menyewakan” termasuklah
membenarkan mana-mana orang masuk ke dalam sesuatu rumah
tumpangan sebagai penginap berbayar.
Kuasa untuk memerintahkan kenderaan tertentu dibasmi kuman
21. Jika seseorang pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa sesuatu
kenderaan telah digunakan untuk membawa seseorang yang
menghidap penyakit berjangkit, pegawai diberi kuasa itu boleh
menyebabkan kenderaan itu dibasmi kuman.
Menjual atau menyewakan bangunan yang tercemar
20. (1) Jika seseorang pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa
terdapat atau telah terdapat suatu kes penyakit berjangkit di
mana-mana bangunan dan bahawa adalah perlu berbuat demikian,
pegawai diberi kuasa itu boleh mengeluarkan perintah melarang
mana-mana orang menjual atau menyewakan bangunan sedemikian
atau mana-mana bahagiannya tanpa perakuan bertulis pegawai diberi
kuasa yang memperakui bahawa bangunan sedemikian, atau
mana-mana bahagiannya, dan barang-barang di dalamnya—
(a) telah dibasmi kuman sehingga pegawai diberi kuasa itu
berpuas hati; atau
(b) tidak perlu dibasmi kuman,
mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2) Mana-mana orang yang melanggar apa-apa perintah yang
dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
(3) Bagi maksud seksyen ini, “menyewakan” termasuklah
membenarkan mana-mana orang masuk ke dalam sesuatu rumah
tumpangan sebagai penginap berbayar.
Kuasa untuk memerintahkan kenderaan tertentu dibasmi kuman
21. Jika seseorang pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa sesuatu
kenderaan telah digunakan untuk membawa seseorang yang
menghidap penyakit berjangkit, pegawai diberi kuasa itu boleh
menyebabkan kenderaan itu dibasmi kuman.
Rujukan :
http://www.agc.gov.my/