Peranan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran ketika menghadapi Banjir.
Apabila kejadian banjir berlaku, 2 peringkat perintah dan kawalan akan diaktifkan iaitu Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi memantau dan menyelaras segala aktiviti yang terlibat dalam usaha mengawasi, operasi menyelamat,dan mengurus pusat maklumat operasi. PKTK diketuai oleh Ketua Polis Daerah sebagai Komander dan Pegawai Bomba Daerah sebagai Timbalan Komander.
Pejabat kesihatan akan membuat pemeriksaan kesihatan kepada mangsa bagi mencegah sebarang penyakit yang merebak semasa dan selepas kejadian berlaku.
1. Kementerian Kesihatan Malaysia akan meneruskan aktiviti dengan
memberi tumpuan kepada isu pasca banjir bagi mengelakkan masalah
kesihatan yang timbul di negeri terjejas banjir terutamanya di Kelantan.
Pasukan kesihatan yang terdiri dari Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran, Pembantu Kesihatan Awam, Pekerja Rendah Awam dan
Pemandu akan melakukan aktiviti kawalan dan pencegahan penyakit
berjangkit dan wabak. Seramai 42 pasukan kesihatan dari luar negeri
Kelantan telah digerakkan ke seluruh daerah terlibat bagi membantu aktiviti
ini,
2. Penggunaan hand sanitizer amat digalakkan bagi menjaga kebersihan diri
terutamanya bagi kawasan yang mempunyai masalah bekalan air bersih.
KKM juga akan membekalkan hand sanitizer ke pusat pemindahan bagi
kegunaan mangsa banjir terutamanya pengendali makanan. KKM juga
memohon sumbangan hand sanitizer daripada syarikat atau individu bagi
memastikan kesihatan orang awam yang terjejas banjir bebas daripada
kuman-kuman yang boleh menyebabkan penyakit.
3. Beberapa fasiliti kesihatan telah memulakan aktiviti pembersihan.
Sehubungan itu, KKM menasihatkan sukarelawan yang melaksanakan
kerja-kerja pembersihan di klinik kesihatan atau hospital yang terjejas
banjir menggunakan alat perlindungan diri yang bersesuaian semasa
menjalankan aktiviti tersebut. Antaranya adalah dengan memakai boot dan
sarung tangan getah serta memakai baju lengan panjang dan berseluar
panjang. Individu yang mempunyai masalah kulit atau luka tidak digalakkan
terlibat dalam aktiviti pembersihan. Orang ramai juga digalakkan untuk
memakai penutup hidung dan mulut semasa melakukan aktiviti
pembersihan apabila lumpur sudah mula kering dan menghasilkan debu.
4. KKM menasihatkan orang awam supaya segera datang ke klinik yang
berhampiran bagi membuat pemeriksaan dan rawatan awal sekiranya
menghadapi masalah kesihatan seperti deman, cirit-birit atau muntahmuntah.
5. Pada masa yang sama, setiap negeri akan
menyediakan daftar pesakit yang memerlukan hemodialisis.
6. KKM sentiasa mengambil berat terhadap aspek sanitasi dan
kebersihan persekitaran, sehubungan itu, tandas bergerak yang
mencukupi akan disediakan. Proses pengklorinan telaga-telaga di
Kelantan akan turut dijalankan
7. Selain itu, KKM juga akan sentiasa memastikan kesihatan
mangsa banjir sentiasa terpelihara menerusi penyediaan klinik
statik termasuk sokongan psikososial, perkhidmatan kesihatan,
pendidikan kesihatan dan aspek keselamatan makanan di pusatpusat
pemindahan yang mempunyai lebih dari 1000 orang
mangsa.
|
iq050 replica bags hu049
ReplyDelete